Sunday, May 30, 2004

Pelajar Akademi Fantasia II

Ahmad Zahid Baharuddin ZAHID 23, Kuala Lumpur

"Rapper" yang bermula dengan dikir barat dan nasyid ini merupakan satu-satunya anak lelaki di dalam keluarga 4 beradik. Seorang yang peramah, periang, mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Seorang ahli muzik yang pernah menganggotai 'live band'. Hadiah harijadi paling ideal untuknya adalah seekor iguana.






Zahid semasa diujibakat






Zahid dan ayah


Mohd Aizam b Mat Saman ADAM 21, Kota Kinabalu, Sabah

Sekali pandang, mungkin akan dianggap sebagai 'playboy' atau
sombong. Namun, realitinya beliau seorang periang, penyayang dan berjiwa sentimental. Merupakan peminat fanatik KRU. Mempunyai kumpulan muzik sendiri yang diberi nama "Es d CO", dan bercita-cita tinggi untuk berjaya dalam dunia hiburan. Anak pertama daripada 4 orang adik beradik. Berketurunan Bajau. Tidak mempunyai kekasih dan sedang mencari cinta sejati. Pandai menari dan menyanyi. Dia gemar penampilan yang segak dan ingin sentiasa nampak kemas.

Gaya seorang playboy?






Hai... playboy pun 'nangis' ke




Yusrizan Usop BOB 23, Limbang, Sarawak

Pihak ASTRO menyampaikan surat pemilihan peserta Akademi Fantasia kepada anak pertama daripada 2 orang adik-beradik di sebuah restoren ternama di Sarawak. Beliau amat terkejut apabila menerima bil air yang beliau minum bersama rakannya berjumlah RM350. Siapa yang tak terkejut jika hanya minum air harganya sampai RM350.

Tiba-tiba muncul seseorang yang ingin membantu dan mengatakan pelayan itu mungkin tersilap kerana baru bekerja. Beliau menunjukkan kepada Bob 'bil'nya yang baru. Bob amat terkejut apabila mendapati di dalam bil itu tertulis, "Tahniah kerana anda terpilih sebagai peserta Akademi Fantasia".

Itulah antara kejutan yang diberikan kepada pelajar yang agak 'gila-gila' sedikit. Beliau juga dikatakan gemar bergurau dan sangat manja dengan ibunya.

Selain itu, beliau juga amat penyayang dan 'simple' orangnya. Moto hidupnya adalah 'ceriakan hidup anda dengan senyuman.' Pandai menulis puisi. Fobia dengan binatang reptilia terutamanya ular dan cicak. Berhasrat untuk menurunkan berat badan di Akademi Fantasia.





Senyuman ceria Bob diuji bakat telah menari perhatian juri.



Mohd Fitri Zainal Abidin FITRI 25, Kuala Lumpur


Seorang yang suka mengusik dan bergurau, serta mencuba sesuatu yang baru. Sayang pada binatang tetapi agak cerewet. Anak ketiga daripada 4 orang adik beradik. Mempunyai bakat dalam mereka pakaian, sehingga terpilih mewakili Malaysia ke Milan, Itali untuk kursus rekaan fesyen 2001. Walaupun nampak macho, beliau adalah peminat siri kartun anime Crayon Shin Chan. Mempunyai wajah yang membolehkan beliau menjadi model.




Wan Mohammad Khair Wan Azami KAER 19, Petaling Jaya, Selangor

Kaer pula menerima kejutan di pejabat bapanya yang mempunyai sebuah syarikat arkitek. Seluruh keluarganya berkecimpung dalam bidang arkitek dan beliau sendiri bekerja di situ. Pihak Astro menggunakan beberapa kamera, termasuk yang disembunyikan di dalam almari. Malah 'cameraman' juga masuk ke dalam almari tersebut.

Bagaimanapun kejutan itu tidak seperti kejutan kerana beliau sedang demam ketika itu.

Pihak Astro mendapat bantuan bapa beliau untuk menyerahkan surat tawaran kepada pelajar yang tidak suka makan menggunakan tangan ini.
Beliau yang seringkali ditemani bantal busuknya semasa tidur seakan 'blur' apabila menerima surat tawaran itu dari bapanya. Maklumlah orang sedang demam.

Anak kedua daripada 4 orang adik beradik. Manja dan tegas dalam keluarga. Juga seorang yang pemalu dan menghormati orang tua. Pernah menjadi johan dalam peraduan melukis 'Malaysia International Japan.'

Peminat AF masih meragui keistimewaan sebenar pemuda yang agak pendiam ini. Mungkin beliau ada keistimewaan yang masih tersembunyi dan hanya dietahui oleh juri yang memilih beliau.






Gaya di luar dewan uji bakat



Anding Indrawani Zaini ANDING 21, Kuching, Sarawak


Anding merupakan antara pelajar yang bertuah kerana menerima tawaran ASTRO ketika sedang menyambut hari ulang tahun kelahiran beliau di sebuah restoren di waktu malam bersama rakan-rakannya. Pihak ASTRO menggunakan kamera amatur dengan bantuan rakan beliau untuk mengambil rakaman video. Ini adalah untuk mengelakkan ia diketahui oleh Anding.

Anak ketiga daripada 5 orang adik-beradik ini sangat manja dengan
ibunya. Seorang yang ceria, pendiam, mudah didekati, lurus dan kadang-kadang emosional. Beliau amat sensitif dengan persekitaran yang sejuk. Boleh menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Tagalog dan Spanish. Sikap buruknya suka bertangguh dalam melakukan kerja.





Anding tekun menjawab soalan semasa diuji bakat



Farah Diana Anuar FARAH 19, Kuala Lumpur


Seorang yang periang, tidak sombong, dan pandai ambil hati sesiapa sahaja. Peminat setia Pasukan Hoki Lelaki Kebangsaan. Pengarang majalah idolanya ialah Mama Juwie. Berpendirian tegas dalam membuat keputusan dan mempunyai pandangan jauh dalam kehidupan. Anak ketiga daripada 6 orang adik beradik. Jika berseorangan di rumah, beliau akan berkaraoke sendiri.




Gaya semasa uji bakat Farah, gadis yang mempunyai pakej yang baik.






Farah dan keluarga beliau di hari terakhir bersama keluarga.



Edlin Abdul Rahim EDLIN 21, Melaka


Anak pertama daripada 2 orang adik beradik. Seorang gadis yang lemah lembut, peramah dan penyayang. Awas! Walaupun nampak ayu dan sopan tetapi tersembunyi sifat panas barannya. Berasa bangga kerana mampu berdikari semasa melanjutkan pelajaran di Melbourne, Australia. Sangat sensitif dan mudah menangis terutamanya ketika hero atau heroin mati dalam filem. Beliau dikatakan datang dari keluarga yang berada.





Edlin semasa uji bakat.



Nurullah Abd Hamid NURUL 22, Kuching, Sarawak


Wajahnya seiras Fauziah Latif, gayanya semanja Ella. Sekali pandang seolah-olah 'mengada-ngada' tetapi realitinya dia seorang yang lemah-lembut. Pakar memasak masakan 'mee segera campur kari dan ikan.' Menyimpan impian untuk menjadi penyanyi berjaya suatu hari nanti. Anak sulung daripada 6 orang adik beradik.



Gaya manja Nurul semasa diujibakat






Menangis ke Nurul? Anak bapak...


Asma Ghani MAS 23, Tawau, Sabah


Suka bercakap, mesra, manja dan mengamalkan kesederhanaan dalam segala hal. Seorang yang pakar dalam bidang bakar-membakar sate kerana membantu bapanya berniaga sate. Anak bongsu daripada 6 orang adik-beradik.Teringin untuk melakonkan watak-watak jahat dalam filem. Tidak suka orang yang suka tabur fitnah dan mengata orang lain.




Gaya hebat semasa ujibakat






Mas dan keluarga beliau



Zarina Zainoordin ZARINA 20, Johor Bahru


Gadis yang dikatakan merupakan bekas kekasih Khai sebelum cintanya beralih arah kepada Rosma, berkebolehan menyanyikan lagu-lagu ghazal dan mempunyai asas dalam bidang kesenian tradisional. Seorang yang jujur, dan memendam rasa. Sesekali beliau keras kepala dan panas baran. Namun, beliau boleh bergaul dengan sesiapa sahaja tak kira usia dan jantina. Masa lapangnya diluangkan dengan bermain bowling dan menonton wayang.







Semasa Zarina diujibakat



Norlinda Nanuwil LINDA 21, Ranau, Sabah


Krew Astro memperolehi pengalaman yang mencabar untuk menyerahkan surat tawaran kepada pelajar ini. Manakan tidak, krew-krew Astro telah sesat apabila hendak mencari rumah beliau. Anak ketujuh daripada 8 orang adik-beradik. Kemasukannya ke AF disokong oleh seluruh penduduk kampung Tudangan Ranau, iaitu tempat asalnya. Berbangsa Dusun, pandai bermain gitar dan seorang yang periang, suka ketawa dan bergaul mesra.






Gaya model seorang gadis yang pandai bermain gitar.