Friday, September 01, 2006

Mawi bersama peminat di Muar

Mawi bersama peminat di Muar

Hakmilik Joyah007 (http://www.youtube.com/profile?user=joyah007)

Warga Muar Histeria Kerana Mawi

Mawi dapat Satria Neo di Muar

Video Mawi di Muar oleh Anakmuar

Penduduk Muar Histeria Kerana Mawi

Oleh Anakmuar

MUAR 27/8/2006 - Mungkin bagi sesetengah orang menyangka bahawa di bandar sekecil Muar bilangan peminat Mawi tidaklah seberapa, maklumlah orang biasa mengelar Muar sebagai 'Bandar Pencen', bandar untuk orang-orang tua.

Mungkin sesetengah orang menyangka bahawa orang Muar tidak mengikuti peredaran seni semasa, maklumlah bandar Muar terletak jauh dari Bandaraya Kuala Lumpur.

Namun apa yang terjadi semalam membuktikan sebaliknya. Malah kesilapan jangkaan samada daripada pihak penganjur, pihak keselamatan, pihak EON dan pihak MAESTRO telah menyebabkan Majlis Penyerahan Kereta Proton Satria Neo yang sepatutnya berjalan lancar selama sejam terpaksa disingkatkan. Semuanya gara-gara kelonggaran dari segi kawalan keselamatan.

Walaupun bahang kehangatan aura Mawi digembar-gemburkan semakin pudar angkara perbagai peristiwa, kontroversi dan kehadiran bintang baru, namun Mawi tetap unggul di hati warga Muar.

Kekecohan semalam walaupun sedikit sebanyak mejejaskan imej Muar sebagai sebuah bandar yang mempunyai penduduknya yang berdisplin, namun ia bagaikan memberi isyarat bahawa Mawi mempunyai pengikut fanatik yang ramai di Muar. Ini bermakna Mawi perlu mempertimbangkan kemungkinan untuk membuat konsertnya di Muar.