Thursday, December 28, 2006

Suara Bintang AF di peti simpanan suara M-Box

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
(Utusan Malaysia 28/12/2006)

JANGAN terkejut kalau anda membuat panggilan kepada seorang rakan, tiba-tiba suara Mawi atau Faizal AF4 yang kedengaran di corong telefon.

Antara ungkapan yang dituturkan oleh Faizal ialah, “wa timang wa landak...jangan lupa membeli album terbaru saya.” Selepas mendengar ungkapan itu bolehlah anda meninggalkan pesanan dalam peti simpanan suara (M-Box).

Selain suara Mawi dan Faizal, anda juga berpeluang mendengar suara bintang-bintang Akademi Fantasia yang lain seperti Amylea, Edlin, Eliza, Haziq, Zahid, Farhan, Marsha dan Lotter dalam pelbagai gaya dan mesej.

Itu antara keistimewaan untuk mereka yang menggunakan sistem khidmat panggilan M-Box.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IdotTV Sdn. Bhd., Azrin Mohd. Noor, sistem M-Box diperkenalkan sebagai pengganti ucapan yang biasa kita dengar - `Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, sila tinggalkan pesanan anda.’

Cara mengaktifkannya mudah. Anda hanya perlu menaip ‘’MG ON’’ dan hantarkan kepada 22211. Untuk keterangan lanjut pengguna boleh melayari laman web M-Box di www.mbox.ms.

Bagaimanapun, menurut Azrin, buat masa ini ungkapan daripada selebriti hanya boleh didengar pada telefon pelanggan Celcom kerana ia masih di peringkat pengenalan.

Katanya lagi, penggunaan suara-suara selebriti itu diharap dapat membantu meningkatkan pendapatan mereka.

“M-Box juga dapat menambahkan sumber pendapatan kepada industri hiburan apabila para selebriti dapat mempromosikan album mereka,’’ kata Azrin pada majlis MoU kerjasama antara IdotTV dengan Maestro Talent and Management Sdn. Bhd., baru-baru ini.

Tegas Azrin, sehingga kini pihaknya masih lagi berbincang untuk menetapkan caj pada setiap panggilan.

Dia juga menjelaskan perkhidmatan M-Box yang dicipta menurut musim itu akan dikembangkan hingga keluar negara seperti Indonesia dan Bangladesh.

Sementara itu menurut Ketua Pegawai Eksekutif Maestro Talent, Freddie Fernandez, pelaksanaan M-Box secara tidak langsung dapat mengekang hak artis daripada diciplak.

“Saya percaya remaja yang meminati hiburan akan memberi sokongan terhadap M-Box kerana mereka sentiasa inginkan sesuatu yang baru.

“Malah menerusi M-Box, mereka juga dapat mengetahui perkembangan artis kesukaan dengan lebih pantas dan telus,’’ ujarnya yang menyokong penuh pemilihan bintang-bintang Akademi Fantasia sebagai pelopor untuk projek ini.