Friday, May 04, 2007

AF Extra Minggu 8 Hari Ke-5 Bahagian 1:

Mila pagi tu mendapat gelang tangan yang tertulis namanya daripada Mr.Cam. Habis semua orang kat akademi dia tunjukkan gelang tangan tu.

Aku tengok Ebi jalan terkengkang. Kenapa? Akademi Hospital ada pesakit baru ke? Heliza pulak merajuk kat Mr.Cam sebab Mr.Cam tak beri dia apa-apa.

Pagi tu bebudak AF5 sibuk bercerita pasal hantaran kahwin semasa makan. Candy pula menerima hadiah anak patung harimau daripada Astro kerana memperolehi empat lampu biru semasa konsert ke-7.

Selepas itu kesemua pelajar membuat pemanasan suara untuk memastikan suara mereka tidak terkoyak sewaktu berlatih nanti. Pelajar-pelajar kemudiannya diminta untuk menyambung cerita yang dimulakan oleh pelajar lain. Macam-macam versi cerita ada. Nak tergelak aku... Nampaknya cerita diaorang tu susah untuk ditamatkan....

Tuesday, May 01, 2007

AF Extra Minggu 8 Hari Ke-2 Bahagian 4:

Bahagian ke-4 dimulakan dengan adengan Heliza diajar menari dan membuat persembahan oleh Cikgu Remy sambil dibantu oleh rakan-rakannya.

Aswad pula begitu bersungguh-sungguh untuk mempraktikkan arahan dari Cikgu Remy untuk membayangkan berada di tepi sungai sambil melihat seorang perempuan. Untuk Aswad, beliau akan membuat persembahan tanpa dibantu sebarang penyanyi.

Latihan Mila pula akan dibantu oleh Ebi dan Candy manakala Syawal pula hanya berlatih bersendirian.

Tiada apa yang menarik di klip video bahagian ini.

AF Extra Minggu 8 Hari Ke-2 Bahagian 3:

Klip bahagian ke-3 merupakan sambungan kepada latihan menari Candy. Candy diminta untuk menjadi seksi dan gedik. Aku tengok seksi dan gedik bukanlah sesuatu yang sukar dan asing bagi Candy kerana ia sifat semuladi beliau.

Kelakar aku lihat gelagat Aswad dan Mila yang menjadi 'pelakon tambahan'. Aswad memang boleh menjadi pelakon komedi yang baik.

Heliza yang menyanyikan lagu rock Ella kulihat berjaya menjadi 'rockers buatan' dan bukan 'rockers' sebenar. Tak kena langsung..... namun kesungguhan Heliza aku kagumi.

Satu aje kekurangan Heliza ialah ia berjaya semasa latihan tetapi tidak masa konsert. Tak tahulah kenapa tapi mungkin kerana Heliza gementar. Aku rasa Heliza patut belajar dari Haziq yang nampak gementar tapi suaranya tidak bermasalah.

AF Extra Minggu 8 Hari Ke-2 Bahagian 2:

Kelas tarian dimulakan dengan Dafi dan Candy. Aku lihat Dafi bergitu bersungguh-sungguh untuk mempelajari koreografi yang diberi dan nampaknya beliau berjaya. Candy pula aku lihat macam nak menari dangdut.

Aku tak suka dengan cadangan untuk membuat prop seperti di dalam pub atau bar. Macam 'stereotype' aje sebab dah banyak kali ia dibuat terutama AF yang terdahulu. Tak ada idea lain ke? Aku harap tenaga pengajar ada idea lain yang lebih baik.

AF Extra Minggu 8 Hari Ke-2 Bahagian 1:

Bebudak AF mula masuk ke akademi. Heliza dan Mila pagi-pagi lagi dan berinteraksi dengan kamera. Mila siap bersikat lagi depan kamera.

Candy cuba nak diet tapi tak tahan sebab sarapan pagi tu sedap-sedap. Heliza kena marah lagi dengan Hasrul sebab pergi tandas tak memberitahunya.

Heliza mengadu kakinya sakit pada Hasrul dan meminta agar beliau dibawa ke klinik. Heliza kata mungkin ketuat kaki yang telah di'laser' dahulu kembali sakit.

Kelas pemanasan vokal merupakan kelas pertama pagi itu. Macam-macam gaya ada latihan mulut termasuk latihan menguap. Latihan menguap? Menguap pun ada latihan?
Aku rasa bebudak AF5 kali ini kena ada latihan kentut yang betul. Kalau tak ia akan menjatuhkan imej akademi dan pelajar-pelajarnya. Bukan tak boleh 'membuang angin' tapi janganlah ketara sangat, 'cover-cover'lah sikit biar nampak sopan.

Aku seronok melihat memek-memek muka yang paling buruk dan lakonan hantu yang dilakukan oleh para pelajar macam cerita 'Zombie Kampung Pisang'.

Dafi aku lihat menjadi hantu gatal sebab beliau cuba memeluk Candy. Heliza membaca ayat 'qursi' untuk menghalau 'hantu-hantu' tu tapi nampaknya hantu tu tak takut Heliza.

Apabila bebudak perempuan menjadi hantu, mereka menyapu bedak kat muka mereka macam hantu tapi bebudak lelaki tak takut. Malah 'hantu-hantu perempuan' tu kena ejek.

Namun bebudak lelaki kena berlakon semula dan berlakon takut dengan hantu. Pemenangnya adalah pelajar perempuan dan bebudak lelaki kena denda tekan tubi.

Mereka semua mendapat baju dari cerita 'Zombie Kampung Pisang'.