Monday, April 30, 2007

Konsert Ke- AF5 Konsert Menangis

'Kesilapan strategi Aizat Fan Club'.

Itulah yang dapat aku simpulkan apabila melihat Aizat mengusung keluar bagasi sambil diiringi lagu keramat Akademi Fantasia pada konsert ke-7 yang lalu.

Walaupun Aizat membuat persembahan yang terbaik pada malam itu dan mendapat empat lampu biru dari pengkritik, ia tidak akan dapat menjamin pengekalan Aizat di dalam akademi jika peminat beliau hanya menjadi penonton dan tidak mengundi.

Mungkin peminat Aizat merasa selesa apabila melihat Aizat berada di atas carta dan 'terlupa' dengan strategi yang diguna pakai oleh FC lain seperti Heliza FC yang mengundi di saat akhir atau semasa konsert. Malah penggunaan stategi mengundi di saat akhir diluahkan secara terang-terangan oleh Presiden Heliza FC semasa Debat AF yang lalu yang dibuat melalui perbualan telefon.

Aku agak kurang senang dengan kenyataan Menteri Besar Pahang iaitu Datuk Seri Adnan Yaacob yang menyatakan bahawa pengundi Malaysia tidak bijak apabila tidak mengundi pelajar AF yang berbakat.

Bapa Aizat, Dato' Amdan bin Mat Din


Namun aku bertambah keliru apabila MB itu memaklumkan bahawa beliau menyokong Aizat hanya kerana bapa Aizat, Datuk Amdan bin Mat Din, memohon jasanya untuk memberi sokongan ke atas anaknya itu. Jadi adalah MB itu seorang yang bijak apabila menyokong hanya kerana Aizat merupakan anak kepada bekas murid beliau?

Aku takut kenyataan MB itu akan menguat dan menambahkan spekulasi yang menyatakan bahawa bapa Aizat menggunakan pengaruh dan kedudukan beliau untuk mempertingkatkan undian anaknya. Bahaya! Kesian Aizat nanti.....

Aku juga kurang bersetuju apabila Hattan yang juga pengkritik tetap menyatakan bahawa penonton AF buta seni dan tidak tahu menilai bakat pelajar-pelajar AF. Kenyataan beliau itu agak 'ketinggalan dan kebelakang' dan seolah-olah menghina penonton AF5.

Namun benarkah penonton dan peminat AF buta seni? Adakah undian AF hanya berdasarkan suara dan bakat sahaja?

Aku pasti Aizat dipaksa untuk mengusung bagasi beliau bukan kerana fizikal atau paras rupa beliau, tetapi lebih kepada sikap dan perangai yang 'kurang menyenangkan' Aizat di dalam akademi.
Malah aku juga tidak selesa dengan sikap 'tunjuk pandai' dan 'menunjuk-nunjuk' yang dipamerkan oleh Aizat walaupun beliau memohon maaf di atas keterlanjuran beliau semasa ke udara di Radio Era. Malah Aizat sendiri mengakui bahawa cara teguran beliau terhadap rakan-rakannya di akademi agak kasar dan keras.
Namun pastinya permohonan maaf itu telah terlambat dan tidak mungkin akan membawa beliau kembali ke akademi jika diambilkira dengan format 'pergi tak kembali' AF kali ini. Ini kerana AF5 kali ini tiada AFMasuk.
Konsert ke-7 AF5 yang lalu juga memperlihatkan kebangkitan Aswad setelah di'balun' dan dihentam cukup-cukup oleh Cikgu Shafie di dalam diari. Malah kesungguhan Aswad untuk memperbaiki diri beliau dan kecemerlangan beliau semasa konsert merupakan 'bom jangka' yang telah lama ditunggu oleh peminat-peminat beliau termasuk aku.

Mungkin Aswad tidak menyedari bahawa beliau mempunyai aura yang tersendiri. Jika tidak sudah tentu Aswad telah tersingkir lebih awal.


Ini kerana Aswad bukanlah dari keluarga yang berada yang memungkinkan ahli keluarga beliau mengundi untuk beliau. Aswad juga tidak mempunyai wajah yang comel atau kacak yang menjadi kegilaan remaja wanita. Malah Aswad juga tidak mempamerkan sebarang peningkatan dalam persembahan selepas persembahan pertama beliau di konsert ke-2 AF5. Jadi kenapa Aswad tidak pernah berada di tangga terbawah?????



Sebelum Konsert:
01. Ebi - 17%
02. Dafi - 17%
03. Aizat - 14%
04. Shawal - 13%
05. Heliza - 10%
06. Aswad - 10%
07. Candy - 10%
08. Mila - 9%


Selepas Konsert:
01. Ebi - 17%
02. Aswad - 14%
03. Mila - 13%
04. Candy - 13%
05. Dafi - 12%
06. Heliza - 11%
07. Shawal - 11%
08. Aizat - 10%

Monday, April 23, 2007

Konsert Ke-6 AF5 tidak membosankan

"Memang tidak membosankan". Itulah yang dapat aku rumuskan untuk konsert mingguan AF5 kali ini. Kebanyakan pelajar dapat menunjukkan persembahan yang baik atau sekurang-kurangnya tidak terlalu teruk.

Tuesday, April 17, 2007

Diari 17-04-2007

Aku tak faham betul dengan bebudak AF5 kali nie. Macam-macam penyakit yang dia orang ada. Sebijik macam Akademi Hospital.
Jika semalam Ebi sakit mata, hari nie giliran Shawal pulak sakit bahu. Terpaksa Astro bawak dia ke tempat urut. Manjanya badan diorang. Entahlah....



Kelakar betul aku tengok Mila.... ada ke masak popiah pakai microwave... Nasib baik tak berasap microwave tu. Nampak sangat tak pernah masak awek sorang nie.





Heliza pulak aku lihat beria-ia nak mengajar Dafi lagu cina. Cara beliau tu boleh mengundang kontoversi dan boleh menimbulkan kemarahan peminat Dafi.
Aku takut undian Heliza akan terjejas. Sekarang nie pun undian Heliza semakin hari semakin merudum.


Cik Mila kita pulak sibuk menguji suara pontianaknya. Agaknya dia nak buat persediaan untuk berlakon cerita pontianak bila dia keluar nanti.








Kelas Bahasa Inggeris hari ini memberi penekanan dan fokus berkaitan komunikasi ketika melakukan perhubungan menggunakan telefon.



Hari ini cikgu tarian yang selalunya sibuk (atau buat-buat sibuk) telah hadir dan dapat meluangkan masa bersama pelajar AF5 nie. Macam tulah cikgu.... takkan pembantu aje yang datang...
Seperti biasa Cikgu Linda akan memberikan penekanan ke atas koreografi tarian "Menuju Puncak" agar ia nampak lebih baik berbanding minggu-minggu sebelumnya.



Nampaknya hari ini anak Cikgu Jasmin dan kucingnya telah menjadi 'tetamu' pelajar-pelajar AF5. Alamak Astro.... 'kejutan' nie dah basi dah.... Bab-bab kucing nie dah stereotype sangat kat Akademi Fantasia. Takkan nak buat benda yang sama.
Nampak sangat anak Cikgu Jasmin nak pun nak tumpang glamour maknya. Aku rasa lain kali tak payahlah bawak binatang-binatang peliharaan kat dalam akademi tu. Kalau nak bawak pun bawaklah binatang-binatang liar macam buaya ke, harimau ke.... barulah 'best'.

Mata Ebi yang sakit pada hari semalam nampaknya sudah sembuh... Alhamdulillah... semakin berkurang pesakit kat wad Akademi Hospital. Tinggal Shawal aje yang belum sembuh.

Sepanjang aku menonton Diari AF5, cuma Kelas Pemanasan Vokal sahaja yang aku rasa lain dari yang lain dan amat menarik. Mungkin kerana tenaga pengajarnya baru dan masih mempunyai perbagai idea-idea baru.

Cikgu Shafi hari ini diperlihatkan memberi tumpuan kepada nyanyian pelajar-pelajar perempuan aje. Mana adil.....

Sunday, April 15, 2007

Yin - Doa & usaha rakyat Malaysia

Sebaik sahaja menonton konsert AF5 minggu ke-5 di Astro Ria, aku menukar saluran ke TV3 untuk menonton berita.
Aku benar-benar terkejut apabila mendapati adik Yin atau nama sebenarnya Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali, 5 yang telah hilang semenjak 31/3/2007 telah kembali ke pangkuan keluarga.
Alhamdulillah... akhirnya doaku dan doa sebahagian besar rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama akhirnya termakbul jua. Terima kasih kepada pasangan warga Myanmar yang telah memelihara adik Yin selama ini.